Tukang masak.

TUKANG MASAK ASING INDIA KINI MELAYU BUMIPUTERA.

Seorang Warganegara India yang bernama Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir di dalam pasport 10 Oktober 1972 berjaya mengunakan pengaruhnya di Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah melalui bantuan seorang pegawai JPN Negeri Sabah bernama SUZINA MOHD RAHFEE @ G RAFFI dengan no KP 641110-12-5112 mendapatkan Kad Pengenalan.

Puan Suzina dan beberapa pegawai JPN telah membantu Kader Moideen Latheef mendapatkan Kad Pengenalan dengan mengunakan identitii seorang berbangsa tempatan dengan menyediakan Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan bernombor 1287432. Laporan ini mengatakan kononya Kad Pengenalan ini hilang sebelum 1996 sedangkan individu ini memakai passport sehingga sekitar 2010 an.

Yang mengejutkan Rakyat Malaysia ialah kehebatan individu ini yang sering menukar Kad Pengenalan apabila terdapat sebarang aduan terhadapnya. Beliau yang mengunakan laporan kehilangan KP tempatan bernombor H 0484917 telah berjaya mengantikan kad pengenalan 2 kali dengan nombor KP baru yang berbeza tetapi no KP lama masih sama.

NO KP ASAL: 670605125889 ( H 0484917), Nama Nasir @ Lathiep Bin Yusof dengan DUN mengundi API API dan Parlimen Kota Kinabalu dan tertera Melayu sebagai Bangsa.

NO KP KEDUA/ Terbaru: 620605126421 ( H 0484917), Nama Nasir Bin Yusof dengan DUN mengundi daripada Inanam ditukar kepada Pantai Manis dan Parlimen ditukar daripada Sepanggar kepada Papar.

Kehebatan Nasir Bin Yusof sering menukar KP menjadikan dia popular dikalangan warganegara asing sehingga sudah ribuan KP telah di jual beli melalui satu rangkaian yang masih belum diketahui umum. Rangkaian ini terdiri daripada kakitangan JPN dan KDN.

Umur yang berbeza dapat dilihat daripada dokumen Mykad sedangkan passport indianya menunjukkan dia lahir 10 Oktober 1972.

Jika pihak penguatkuasa melihat secara luaran, suspek masih berumur dalam 40 an dan tidak mungkin seperti 50 an. Manakala suspek bukan berbangsa melayu dan boleh dilihat secara luaran suspek adalah berbangsa India.

Semua bukti menunjukkan suspek mendapatkan waranegara melalui jalan yang songsang dan ada ramai pihak terlibat termasuk Pengarah dan bekas bekas pengarah JPN negeri Sabah.

Kita dapat lihat kedaulatan negeri dan negara kita sedang di jual oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan saya merayu agar semua mereka ditahan di bawah akta sosma dan individu ini merupakan ajen terbesar dalam aktiviti menjual KP di Sabah.

Suspek berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India, di Sabah.

Oleh itu, saya berharap ada tindakan yang diambil terhadap suspek secepat mungkin. Saya lampiran dokumen yang berkaitan untuk membantu kes ini.Ratusan ringgit digunakan untuk menjual satu KP oleh rangkaian ini. Semoga Aduan saya ini menjadi satu lagi kejayaan seperti di Pulau Pinang.

Kedai runcit Pas.

Taqwa Green Mart, PAS Lumut cipta sejarah

HAFIZ GREEN MART 23 SEPTEMBER 2019

LUMUT: Majlis perasmian Kedai Runcit PAS Kawasan Lumut, Taqwa Green Mart di bawah kelolaan Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan telah berjaya dirasmikan, di sini kelmarin.

Majlis perasmian kedai runcit ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Negeri Perak, Azhar Rifaie di hadapan bangunan kedai runcit ini.

“Tahun ini, slogan Buy Muslim First (BMF) merupakan satu kuasa kesedaran menjadikannya salah satu strategi yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W dalam peristiwa membeli telaga dari orang Yahudi di dalam sirahnya.

“Serta dalam peristiwa hijrah ke Madinah, seorang Sahabat Nabi, Abd Rahman bin Auf R.A meminta penduduk Madinah, kaum Ansar mencari lokasi pasar setelah tiba di Madinah menunjukkan ekonomi merupakan satu perkara yang sangat penting,” katanya.

Pesan beliau lagi, kedai runcit ini perlu dijadikan terbuka kepada masyarakat umum sekitar Manjung dengan menonjolkan cara muamalah yang senang dan mesra ketika berurusan mengikut garis panduan Islam.

Disamping serunya, layanan baik mengikut konsep ekonomi dipanggil greeters agar dapat menjadi buah mulut terbaik melalui kuasa viral di komuniti Manjung yang merupakan tempat strategik berdasarkan populasi penduduk Melayu Islam.

Beliau juga berharap dengan keberadaan kedai runcit ini dapatlah memasarkan produk-produk halal dan mewujudkan hub direktori kepada para usahawan dalam pelbagai bidang di sekitar Manjung.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abd Rahman, berkata, sejarah telah tercipta bagi PAS Lumut dengan penubuhan kedai runcit ini apabila telah berjaya melaksanakan usul Mesyuarat Agung.

Jelas beliau, usul tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan PAS Lumut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2019 setelah beberapa kali percubaan membuka kedai runcit tidak berjaya.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan artis nasyid jemputan, Syidee Khayran dan pendeklamasi sajak, Raai Yusuf serta Pengerusi Kedai Runcit Taqwa Green Mart, Ahmad Kamarulnizam Majid. – HARAKAHDAILY 23/9/2019

Dap nak mampos.

DAP nak mampos.

  1. Belum pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP , kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang berkaitan dengan pendaftaran pemelukan agama Islam oleh muallaf.
  2. Sungguh hebat kuasa Speaker DUN Selangor, YB Ng Suee Lim daripada DAP. Dia bertindak memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari, pada 31 Julai lalu sedangkan pada asalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos.

Sungguh berani Speaker DAP ini bertindak sedemikian rupa sedangkan RUU tersebut sepatutnya dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amirudin bin Shari yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam Selangor.

  1. DUN Selangor mempunyai 56 Ahli Dewan Negeri.
    Kerajaan PH menguasai 50 kerusi manakala UMNO mempunyai 5 kerusi dan PAS ada 1 kerusi.
    Komposisi dalam Kerajaan PH Selangor mengikut parti adalah seperti berikut;
    PKR: 21 kerusi
    DAP: 16 kerusi
    PAN: 8 kerusi
    PPBM: 5 kerusi

Persoalan yang wajar kita tanyakan ialah ke mana hilangnya suara sekalian ADUN yang beragama Islam dalam PKR, PAN dan PPBM.?

Mereka sendiri tidak berani menyatakan pendirian sedangkan RUU Kerajaan telah ditentang oleh DAP yang merupakan parti komponen Kerajaan PH Negeri Selangor.

  1. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari ini tampil membela Speaker DUN Selangor yang menyekat RUU dibentangkan di Sidang DUN.

Apakah isi kandungan RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dibantah keras oleh DAP ini.?
RUU tersebut bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan dengan pemelukan agama Islam oleh orang yang belum mencapai umur 18 tahun.
Antara yang akan dipinda ialah perkataan “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa” agar selaras dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Ianya memberi makna RUU ini akan membolehkan orang yang di bawah 18 tahun memeluk Islam hanya memerlukan keizinan salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga.

  1. DAP membantah kerana mereka berpendirian bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua-dua ibu bapa sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Ghandi pada tahun 2018.

Sungguhpun demikian, perlu juga diingat Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 dalam kes Subashini menafsirkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan sebagai keizinan “ibu atau bapa” sudah cukup dalam hal pemelukan Islam kanak-kanak.

  1. Hari demi hari kita dapat melihat bagaimana berkuasanya DAP menggunakan taringnya dalam hal yang menyentuh kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu.
    Mereka bebas bertindak sesuka hati tetapi apabila kita bersuara menegur dan mempertahankan hak, kita pula yang dituduh sebagai kelompok rasis dan ekstrem.

Seandainya ummat Islam hari ini masih terus berpeluk tubuh, berdiam diri dan bercakaran semasa sendiri tatkala kedudukan Islam diperkotak-katikkan, entah apalah nasib yang akan melanda kita pada masa hadapan.
Hilang jati diri, merempat di bumi sendiri.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Institut Penyelidikan dan Strategi
08 Ogos 2019

=============================

Perhatian : Kalau anda sekadar baca artikel ini, tanpa berkongsi, pada hakikatnya anda tidak membantu untuk menyedarkan para pengundi atas pagar dan mereka yang tidak ambil perhatian dalam hal politik. Mereka tak tahu apa, melainkan anda sendiri membantu untuk berkongsi di dalam group whatsapp, facebook, telegram, Twitter, ruang komen media dan lain-lain. Mudah-mudahan pengundi atas pangar yang telah membantu memenangkan mereka sedar bahawa, undian mereka atas faktor trend telah mendatangkan banyak kekacauan dan musibah. Sila panjang-panjangkan, mudah-mudahan mereka dapat mengetahui situasi gawat yang sedang berlaku kepada Ummat Islam dan negara kita Malaysia 🇲🇾